The Infinity Studio
Born on: May 5, 2008
10-5-2008 Infinity itulah nama sebenarnya,pada mulanya ia adalah sebuah laman yang menawarkan muat turun permainan telefon dan ia hampir siap 73% yang tinggal hanyalah proses membuat pautan kepada game dan juga meng"upload" data kedalam hosting lama kami iaitu BRAVENET,tetapi diatas masalah teknikal dan perbincangan mengenai masalah proses Hakcipta Dan hak penyebaran dengan orang yang lebih pakar Mobile Game Town atau singkatannya [MGT] terpaksa ditutup sebelum ia mula beroperasi.Idea penciptaan Infinity ini bermula pada awal bulan Mei 2008,nama Infinity diambil kerana maksudnya sendiri iaitu yang tidak terjangka,Tiada sesiapa yang menyangka yang ia akan dibina dan apa matlamat penubuhannya ,kerana ia adalah gabungan rasa dan keazaman dan menjadikan ia satu inpian yang ingin dicapai .Selepas 2 bulan terhenti,projek pembangunan infinity ini kembali dijalankan tetabi bukanlah sebagau sebuah laman yang menawarkan proses muat turun Game,tetapi sebagai sebuah laman yang menawarkan proses muat turun Tema bagi telefon bimbit dan Mobile Game Town ditukar kepada Mobile Themes Town[MTT],proses pembinaannya amat rumit kerana ia memerlukan penciptaan tema bagi setiap jenis telefon bimbit,dan ia mengambil masa yang agak lama.Pada mulanya proses pembinaanya berjalan lancar,hingga sampai pada satu ketika masalah yang pernah terjadi ketika dahulu kembali menghantui,iaitu masalah Hak Cipta,Ketiaka itu pembinaannya adalah 80% dan akhirnya menerima nasib yang sama seperti[MGT].Pada penghujung tahun 2008 projek yang hampir terkubur kembali berdir.Jika dulu ia hanya sebuah projek untuk laman web muat turun bagi Game dan juga tema,Kini ia bangun menjadi sebuah organisasi dan ia dinamakan The Infinity Studio.Di awal penubuhannya ia mempunya 10 orang ahli dan mereka ini diangkat menjadi Ahli Rasmi atau gelaran inggerisnya The Official Crew.Pada awal penubuhannya The Infinity Studio dianggap sebagai sebuah kumpulan yang kewujudannya sekadar kumpulan di dalam Myspace dan juga Friendster(Facebook belum popular lagi),dan sengaja di reka oleh sekumpulan pelajar dari Institut Teknikal dan dipandang sinis bagi manusia sekeliling.Ini adalah kerana tiada siapa tahu matlamat sebenar penubuhannya.The Infinity Studio adalah sebuah organisasi yang dibangunkan atas dasar perkongsian di mana setiap projek di bawah The Infinity Studio ini bebas dimuat turun dan di gunakan oleh mana-mana pihak atau mana-mana golongan yang berminat secara percuma dengan syarat setiap aplikasi yang diambil tidak boleh dijual,dikomersialkan atau diubah reka bentuknya di bawah mana-mana badan atau syarikat tanpa kebenaran Programmer The Infinity Studio,Selain daripada aplikasi kami juga menawarkan permainan komputer yang mudah dimainkan dan diprogramkan dalam bentuk yang kecil.Kini Infity atau namanya The Infinity Studio telah mencapau usia 4 tahun penubuhannya dan ia masih lagi menawarkan aplikasi-aplikasi baru dibawah studio ini sendiri untuk dimuat turun tanpa sebarang bayaran.
© All Right Reserved.The Infinity Studio Design 2011